19 Jul 2013

Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng

Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.

Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.

Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Semuanya bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik.

Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya.

Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin


Hukum memakai bulu mata palsu

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:
“ Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung .” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air . Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk .
Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH .

Hijab is not just an outfit

Don't you fear



Salam Ramadhan :)

World!!

Allah The Great

  • If you feel confused when you need to take a decision, ask ALLAH to guide you to the right choice & don't stress yourself. ALLAH knows best. 

  •  Be thankful for your good health because you can't buy it nor does it come gift wrapped in a box. Say Alhamdulillah :)

#islam #pray

For happiness one needs security, but joy can spring like a flower even from the cliffs of despair.